Saturday, February 26, 2011

TIKAR EVAMATIK

Tikar Evamatik merupakan tikar/alas lantai moden yang memiliki design dan warna yang sangat menarik. Tikar ini bukan sahaja dapat mencegah Rheumatik yang disebabkan oleh rasa sejuk dari lantai, tetapi ia juga mempunyai kegunaan lain seperti untuk kegunaan keluarga, bilik tidur, tikar untuk anak-anak bermain, bilik belajar dan sebagainya. Antara corak-corak yang menarik dan mendapat permintaan yang banyak adalah seperti tikar yang bercorak kartun (Mickey Mouse and family, Upin Ipin, Princess, Alphabet, Looney Tunes, Tommy and Jerry....), bunga-bungaan dan ada juga yang tanpa corak. Tikar ini adalah lembut dan tidak merbahaya sama ada kepada bayi, kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang menggunakannya. Semua harga produk yang ditunjukkan adalah berdasarkan kuatiti yang akan dibeli dan kos penghantaran belum termasuk. Kesemua tikar ini sama ada polos atau bercorak mempunyai keluasan 120cm X 200cm X 3mm. Oleh itu, sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi INTAN MUTAMIN (roseain08@yahoo.com.my ) @ (019-3549077).

*GAMBAR-GAMBAR YANG DILAMPIRKAN ADALAH ANTARA CORAK-CORAK YANG DIMINATI RAMAI.


MARINE FISH

HARGA : RM30 tidak termasuk kos pos

WARNA : BIRU, PINK & HIJAU





DEEP JUNGLE

HARGA : RM30 tidak termasuk kos pos

WARNA : -







DORAEMON

HARGA : RM30 tidak termasuk kos pos

WARNA : BIRU, PINK & HIJAU
















UPIN IPIN

HARGA : RM30 tidak termasuk ko
s pos

WARNA : BIRU, PINK & HIJAU















MICKEY MOUSE & FRIENDS

HARGA : RM30 tidak termasuk kos pos

WARNA : BIRU, PINK, HIJAU, UNGU & MERAH















ALPHABET

HARGA : RM30 tidak termasuk kos pos

WARNA : -







CUTTIE FRUITS

HARGA : RM30 tidak termasuk kos pos

WARNA : BIRU, ORANGE, UNGU & HIJAU

Monday, May 24, 2010

STRES PENYAKIT ‘SENYAP’ YANG BAHAYA

Oleh Intan Mustamin

“Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya,”

“Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu,” demikianlah keluhan Noreha (bukan nama sebenar), seorang guru yang dimasukkan ke wad Psikiatri, pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pengakuan sebegini mungkin memeranjatkan kita kerana selama ini kita selalu sahaja mengambil sikap ‘tidak ambil peduli’ tentang penyakit stres atau tekanan. Kesibukkan menjadikan kita lupa bahawa selama ini kita sebenarnya berhadapan dengan penyakit ‘senyap’ ini sama ada sedar atau tidak.

Kita yang menjadi sebahagian daripada pekerja di Malaysia selalu sahaja berhadapan dengan tekanan di tempat kerja. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinisikan tekanan atau stress sebagai satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini.

Selain itu, ada juga mentakrifkan stress sebagai keadaan berat yang terpaksa ditanggung oleh seseorang individu, satu desakan atau paksaan dalam melakukan sesuatu yang membebankan. Bukan semua stress negatif kerana sekiranya tekanan dapat diatasi dengan bijak maka tekanan tersebut akan berbentuk positif. Tetapi, jika sebaliknya maka penyakit ini akan bertambah serius dari hari ke hari.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2008 menunjukkan kira-kira 400,227 pesakit mental di Malaysia mendapatkan bantuan psikiatri di hospital-hospital kerajaan. Ini bermakna angka itu itu telah meningkat sebanyak 15.6 peratus berbanding 346,196 pesakit pada 2007.

Mungkinkah statistik ini menunjukkan bahawa penyakit stress ini semakin meningkat dan menjadi satu ancaman baru kepada manusia alaf baru? Adakah statistik ini melibatkan kakitangan Perkhidmatan Awam? Apakah cara pengurusan yang terbaik untuk menanganinya?

Jika dilihat dari segi pekerjaan, stress seringkali menjadi penghalang di kalangan pekerja untuk menghasilkan produktiviti kerja yang baik. Kenyataan Payne dan Firth (1989) menguatkan lagi pernyataan di atas dengan mengatakan bahawa stress memberi kesan psikologi dan fizikal pekerja. Tidak hairanlah jika kes-kes ponteng kerja, moral pekerja yang menurun, prestasi kerja semakin teruk dan sebagainya selalu berlaku di sesebuah organisasi.

Perkara yang paling ditakuti ialah sekiranya seorang pekerja berhadapan dengan situasi stress yang serius di tempat kerja, ia akan membawa pelbagai penyakit lain seperti panas baran, ketakutan, murung, hilang tumpuan terhadap pekerjaan, keluh kesah dan sebagainya. Lama-kelamaan pekerja tersebut akan bertambah sukar untuk dikawal kerana keadaan mereka sudah dikawal oleh emosi yang berkecamuk sehingga mereka terkeluar dari landasan pemikiran yang rasional.

Oleh sebab itu, kesukaran untuk mengawal stress atau tekanan akan menyebabkan hilangnya pertimbangan sehingga sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk dan kejam. Sebagai contoh kes pembunuhan yang melibatkan pembunuhan empat sekeluarga di Gemencheh, Negeri Sembilan telah menggemparkan dunia media kita. Pembunuhan ini telah dikaitkan dengan gangguan mental dan sakit jiwa akibat tekanan perasaan yang melampau.

Bebanan kerja atau tugas yang semakin banyak, mesyuarat di sana sini, mengejar tarikh akhir yang ditetapkan oleh majikan, dan perangai majikan yang tidak menentu merupakan antara faktor persekitaran yang boleh mewujudkan penyakit stress. Walaupun, penyakit ini bermula dengan senyap tetapi sekiranya ia dibiarkan tanpa rawatan maka ia akan menyebabkan masalah yang lebih serius.

Oleh sebab itu, jika dikaji dan dilihat dari konteks cara rawatan awal beberapa orang bijak pandai dan pakar dalam berhadapan dengan masalah ini telah memberikan cara-cara rawatan yang betul agar masalah ini dapat diatasi dengan bijak.

Langkah menangani Stress

• Mendekatkan diri kepada Tuhan
Pendekatan ini merupakan rawatan yang paling asas dan dari segi agama Islam kerana agama Islam sendiri mengalakkan kita mendekatkan diri kepada-Nya sekiranya kita menghadapi sesuatu masalah. Sebagai seorang pekerja, kita seharusnya mempunyai sifat sabar dalam mengendalikan sesuatu tekanan. Membuat sesuatu kerja haruslah berbekalkan niat bahawa setiap yang dilakukan adalah ibadah.

Amalan bermuhasabah diri dan berzikir juga merupakan antara rawatan yang paling mujarab agar hati sentiasa tenang. Ia merupakan amalan yang dapat menenangkan jiwa sebagaimana firman Allah SWT “Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia.” Surah Ar-ra’d ayat 28.

• Pergaulan yang mesra antara rakan sekerja dan hargai kebolehan diri sendiri

Menjaga pergaulan yang mesra antara rakan sekerja dapat mewujudkan satu suasana yang menggembirakan di samping menenangkan diri. Dapatkan bantuan, sokongan dan pandangan serta berani meluahkan masalah berkaitan tempat kerja kepada rakan-rakan agar mereka dapat meringankan beban yang kita tanggung. Jangan biarkan tekanan terus membelenggu kita.

Sekiranya hubungan mesra dikalangan rakan-rakan telah wujud, secara tidak langsung kita akan mempunyai keyakinan diri yang dapat membantu diri kita berfikir secara lebih rasional. Oleh sebab itu, adalah penting bagi kita untuk menghargai kebolehan diri sendiri. Tanamkan sikap yakin bahawa kita boleh melakukan sesuatu kerja yang diarahkan dengan lebih mudah tanpa menghadapi sebarang masalah.

• Mengamalkan gaya hidup sihat
Ramai orang mengatakan bahawa badan yang sihat dan cergas bermula dari otak. Penyakit tekanan atau stress akan hilang daripada bebanan otak sekiranya kita selalu melakukan senaman. Tambahan lagi sekiranya kita dapat bersenam atau beriadah bersama-sama dengan keluarga tersayang. Ini kerana masa yang terluang akan membuatkan minda kita berehat daripada memikirkan bebanan tugas yang berlambak-lambak. Ikatan silahturrahim antara keluarga juga akan bertambah erat.
• Menerima Stress sebagai cabaran hidup

Sesetengah orang pada masa kini takut untuk berhadapan dengan stress dan selalu berfikiran negatif bahawa stress tidak akan membawa kebaikan. Namun, jika difikirkan dari sudut peningkatan diri, stress merupakan satu cabaran hidup yang perlu kita hadapi bagi meningkatkan kuliti hidup dan memperbaiki cara kerja kita.Cuba berfikiran ke hadapan dan membuka minda kita bahawa tiada perkara yang mudah dilakukan di dunia ini.

• Pengurusan Masa yang baik

Orang yang bebas daripada kekangan masa adalah orang yang mempunyai pengurusan masa yang teratur. Mengutamakan kerja yang harus diutamakan, kurangkan amalan suka bertangguh-tangguh, bergosip sana sini, jangan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah semasa melakukan kerja di pejabat dan sebagainya. Tekanan atau stress akan berkurangan sekiranya kita mempunyai jadual masa yang baik.

Kesimpulannya, tekanan atau stress bukanlah satu penyakit yang kronik yang susah. Ia memerlukan kita sendiri untuk mengawal dan mengamalkan langkah-langkah menangani stress yang betul dalam usaha kita mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Jangan ‘sudah terhantuk baru terngadah’ .

Tuesday, May 18, 2010

PETUA-PETUA TRADISIONAL BUAT IBU

Menahan Air Liur Anak Dari Meleleh Keluar

Betapa sedihnya apabila melihat kanak-kanak yang mengalami air liur yang sentiasa keluar.Agak sukar juga mengubati penyakit ini. Menurut ubat tradisional, caranya cukup mudah.Bahan ubatnya boleh didapati di mana-mana.Beli atau petik labu yang telah tua, sebaik-baiknya yang mahu dijadikan benih.Ambil tangkainya yang dekat dengan buah iaitu bahagian tangkalnya.Potong nipis sebesar wang syiling 50 sen atau 20 sen.Bahagian atasnya ditebuk untuk membuat lubang yang kemudiannya dicucuk dengan benang hitam.Masukkan ke leher kanak-kanak itu untuk dijadikan rantai leher.Mudah-mudahan air liurnya akan berhenti dalam masa sebulan atau dua minggu.

Masalah Batuk

Batuk dikalangan kanak-kanak sungguh mengganggu dan jika dibiarkan boleh memudaratkan. Cara menghentikannya, ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu. Insya-Allah, ia akan pulih.

Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina ( orang cina panggil bo ho ) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudi3.Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih bauk dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum tidur. Insya- Allah, mujarab. na.


Ibu Hamil

Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan dicampur dengan sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat sapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan mendapat manfaatnya.

Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiap kali mandi dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung rambut anda sambil berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika hamil.


href="http://alhelmi.tripod.com

Saturday, May 15, 2010

Alahan Semasa Mengandung

Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.

Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

Cara mengatasi alahan

Makanan

•Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
•Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
•Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
•Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
•Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
•Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
•Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
•Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman

•Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
•Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
•Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian

•Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
•Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
•Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
•Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
•Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
•Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
•Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
•Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?

•Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
•Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
•Berat badan anda menurun dengan banyak.
•Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
•Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
•Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.


http://comelnya.com/mengandung/alahan-semasa-mengandung

Panduan Pemakanan Ibu Mengandung

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung


Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
• Berat bayi : 2.5 – 3 kg
• Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
• Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
• Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
• Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
• Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
• Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
• Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg


Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.


Makanan semasa mengandung

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.


Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
• Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
• Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
• Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
• Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
• Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.


Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.


Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
• HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
• Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.


Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung

Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.


http://comelnya.com/mengandung/panduan-pemakanan-ibu-mengandung

Thursday, April 22, 2010

MEMORI SEMALAM 2

Semester 2 benar-benar mencabar aku sebagai pelajar PLUMS . Masa inilah aku telah disahkan mengandung setelah hampir setahun sebulan kami menantikan kehadiran cahaya mata pertama kami. Dalam kegembiraan dan rasa kesyukuran, timbul perasaan takut, gelisah, berdebar dan sebagainya di dalam hati kecilku. Manakan tidak aku sekarang memegang status isteri, pelajar dan bakal seorang ibu. Tanggungjawabku sudah pastinya akan bertambah.
Awal-awal bulan, semuanya berjalan seperti biasa tetapi pada apabila kandunganku berusia 4 bulan, aku mula 'dilanda' mabuk mengandung. Aku benar-benar hampir putus asa. Makan tak lalu, minum tak lalu, belajar tak lalu dan semuanya hampir tak kena. Sehinggakan aku pernah dimasukkan ke dalam hospital kerana kekurangan air dalam badan. Keadaan ini mungkin membahayakan kesihatanku.
Aku mula murung dan sedih dengan keadaan sendiri. Namun, aku bersyukur kerana suami tetap menjadi penyokong kuatku selama ini. Dia menjagaku dengan penuh kesabaran. Mungkin kerana dia tahu aku tak akan mampu melalui semua ini tanpa sokongannya. Kadang-kadang aku rasa kasihan dan terharu dengan pengorbanannya.
Hari demi hari perutku semakin membesar. Peperiksaan akhir pula semakin hampir. Apa yang harus aku buat? Aku tidak mungkin dapat belajar seperti dahulu dan pada masa yang sama aku juga tidak mahu pointerku terus menurun. Aku tahu aku bukanlah orang yang cepat mengalah. Bagi orang lain mungkin setakat lulus sudah memadai. Tetapi bagiku setiap 1 markah itu amat bernilai kerana aku bukan hanya mahu setakat lulus sahaja tetapi aku inginkan segulung ijazah dengan kecemerlangan. Inikan pula aku ingin menyambung pelajar ke peringkat yang lebih tinggi selepas ini. Aku ingin menjadi contoh kepada generasi kami yang akan datang.
Walau bagaimanapun, aku bersyukur dan berserah kepada Yang Maha Esa. Aku diberikan kekuatan untuk mengejar cita-citaku. Aku akhirnya dapat mengharungi peperiksaan akhir semester dua. Namun, melihat keputusan di tangan aku hanya mampu bersyukur dan bersabar kerana pointerku jatuh teruk. Air mataku sahaja yang dapat mengatakan betapa sedihnya aku. Namun, aku tahu mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Semester 3, aku masih lagi berhadapan dengan masalah mabuk. Ketika aku berada di semester 3 kandunganku sudah masuk enam bulan kalau tak silap aku. Walau bagaimanapun, aku mula belajar awal-awal kerana tahap kemampuanku belajar tidak seperti dahulu lagi. Rasa mengantuk dan letih selalu sahaja menghantui aku. Apa-apa pun aku tetap akan mengutamakan kandungan aku kerana sudah lama kami menantikan 'orang baru' ini.
Dalam menempuhi cabaran aku semester tersebut, ada juga terselit kelucuan ketika kami peperiksaan akhir semester 3. Ini kerana aku sempat hadir peperiksaan selama 3 hari dan pada hari ke-4 aku terpaksa dimasukkan ke hospital. Anakku rupa-rupanya sudah tidak tahan menunggu lama dalam perut. Aku faham kerana aku terpaksa 'mendera' anakku yang masih dalam perut untuk menghadapi cabaran sebagai seorang pelajar. Kami sama-sama senang dan sama-sama susah. Biarlah dia tahu bahawa bukan semua perkara di dunia ini dapat diperoleh dengan senang. Semuanya memerlukan pengorbanan jika ingin berjaya.
Akhirnya, permata hatiku yang pertama telah lahir dan diberi nama Ahmad Furqan Bin Ahmad Fahmi. Syukur Alhamdulillah......dalam hatiku aku tidak akan sesekali mengalah selepas ini dan aku akan terus menempuhi cabaran hidup sebagai seorang pelajar, isteri dan ibu. Aku tahu Allah sengaja menduga keimanan aku. Syukur aku dapat mengharunginya walaupun aku tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Saturday, February 27, 2010

MEMORI SEMALAM

Mungkin ramai orang mempersoalkan keupayaanku untuk melanjutkan pelajaran. Lebih-lebih lagi aku bekerja sepenuh masa dan mempunyai keluarga sendiri untuk diuruskan. Kata-kata sinis kadang-kadang membuatkan hatiku terguris. Aku agak kecewa dengan orang-orang di sekelilingku yang masih lagi berfikiran sempit . Seharusnya mereka memberikan aku sokongan untuk teruskan belajar dan bukannya memperdengarkan kata-kata yang melemahkan semangat. Namun, aku bersyukur kerana aku mempunyai semangat semulajadi yang kuat sejak kecil. Mungkin juga cara asuhan kedua orang tua yang mendidik kami hidup berdikari.
Mengimbas kembali pengalamanku semester 1 di UMS memang begitu mencabar.Aku terpaksa 'bergelut' dengan emosi, mental dan fizikal. Kadang-kadang air mata yang menjadi 'sahabat sejatiku'. Tambahan pula ketika itu, aku berjauhan daripada keluarga dan suami pula masih berada di semenanjung kerana belum dapat 'posting'. Ingin meluah namun lidah tak terkata. Apa yang aku boleh buat? Itukan pilihanku sendiri. Menyesal pun tak ada gunanya.
Aku mengaku bukan senang untuk belajar sambil bekerja. Banyak perkara membebankan fikiranku di awal semester dan kejutan 'Assignment' adalah salah satu daripadanya. Bagaimana nak selesaikan assignment dalam waktu yang singkat? Bagaimana nak bahagikan masa antara bekerja, assignment, exam dan sebagainya? Mampukah aku menghabiskan pengajianku kelak?Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang bermain-main dalam fikiranku. Jadual harianku betul-betul kelam-kabut. Nasib baik masa itu aku baru berkahwin dan mungkin ada hikmahnya pada masa itu aku belum berbadan dua. Kalau tidak entah apa lagi yang akan berlaku.
Bersambung........