Saturday, February 27, 2010

MEMORI SEMALAM

Mungkin ramai orang mempersoalkan keupayaanku untuk melanjutkan pelajaran. Lebih-lebih lagi aku bekerja sepenuh masa dan mempunyai keluarga sendiri untuk diuruskan. Kata-kata sinis kadang-kadang membuatkan hatiku terguris. Aku agak kecewa dengan orang-orang di sekelilingku yang masih lagi berfikiran sempit . Seharusnya mereka memberikan aku sokongan untuk teruskan belajar dan bukannya memperdengarkan kata-kata yang melemahkan semangat. Namun, aku bersyukur kerana aku mempunyai semangat semulajadi yang kuat sejak kecil. Mungkin juga cara asuhan kedua orang tua yang mendidik kami hidup berdikari.
Mengimbas kembali pengalamanku semester 1 di UMS memang begitu mencabar.Aku terpaksa 'bergelut' dengan emosi, mental dan fizikal. Kadang-kadang air mata yang menjadi 'sahabat sejatiku'. Tambahan pula ketika itu, aku berjauhan daripada keluarga dan suami pula masih berada di semenanjung kerana belum dapat 'posting'. Ingin meluah namun lidah tak terkata. Apa yang aku boleh buat? Itukan pilihanku sendiri. Menyesal pun tak ada gunanya.
Aku mengaku bukan senang untuk belajar sambil bekerja. Banyak perkara membebankan fikiranku di awal semester dan kejutan 'Assignment' adalah salah satu daripadanya. Bagaimana nak selesaikan assignment dalam waktu yang singkat? Bagaimana nak bahagikan masa antara bekerja, assignment, exam dan sebagainya? Mampukah aku menghabiskan pengajianku kelak?Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang bermain-main dalam fikiranku. Jadual harianku betul-betul kelam-kabut. Nasib baik masa itu aku baru berkahwin dan mungkin ada hikmahnya pada masa itu aku belum berbadan dua. Kalau tidak entah apa lagi yang akan berlaku.
Bersambung........

1 comment:

  1. bersabarlah, xsemuanya mudah..dan tuhan berikan dugaan utk hambaNya yg disayangi dan terpilih shj..jika kita bersabar dan redha maka kebahagiaan menanti untuk kita.. apapun chaiyokkk kak

    ReplyDelete