Tuesday, May 18, 2010

PETUA-PETUA TRADISIONAL BUAT IBU

Menahan Air Liur Anak Dari Meleleh Keluar

Betapa sedihnya apabila melihat kanak-kanak yang mengalami air liur yang sentiasa keluar.Agak sukar juga mengubati penyakit ini. Menurut ubat tradisional, caranya cukup mudah.Bahan ubatnya boleh didapati di mana-mana.Beli atau petik labu yang telah tua, sebaik-baiknya yang mahu dijadikan benih.Ambil tangkainya yang dekat dengan buah iaitu bahagian tangkalnya.Potong nipis sebesar wang syiling 50 sen atau 20 sen.Bahagian atasnya ditebuk untuk membuat lubang yang kemudiannya dicucuk dengan benang hitam.Masukkan ke leher kanak-kanak itu untuk dijadikan rantai leher.Mudah-mudahan air liurnya akan berhenti dalam masa sebulan atau dua minggu.

Masalah Batuk

Batuk dikalangan kanak-kanak sungguh mengganggu dan jika dibiarkan boleh memudaratkan. Cara menghentikannya, ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu. Insya-Allah, ia akan pulih.

Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina ( orang cina panggil bo ho ) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudi3.Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih bauk dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum tidur. Insya- Allah, mujarab. na.


Ibu Hamil

Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan dicampur dengan sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat sapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan mendapat manfaatnya.

Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiap kali mandi dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung rambut anda sambil berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika hamil.


href="http://alhelmi.tripod.com

No comments:

Post a Comment